PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN KURSUS USAHAWAN
Kami menyediakan perkhidmatan perunding perniagaan dan tenaga pengajar kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan di samping memperluaskan pengetahuan di dalam dunia perniagaan yang sebenar. Di antara modul-modul kursus adalah seperti berikut:- 1. Kursus Asas Permulaan Perniagaan (Bakal Usahawan) Kursus ini mendedahkan asas permulaan sebelum memulakan perniagaan kepada bakal usahawan di dalam dunia perniagaan yang sebenar. Penekanan akan difokuskan pada kepentingan pendaftaran syarikat dan lesen-lesen perniagaan seperti SSM, MOF, CIDB, Lesen Perniagaan dan lain-lain lesen/permit berkenaan bidang perniagaan yang akan dijalankan. Kumpulan Sasaran : Pelajar tahun akhir IPT/Pusat Kemahiran, Bakal pesara tentera dan individu yang ingin memulakan perniagaan 2 . Kursus Cara Buat Tender Kursus ini memberi peluang kepada bakal usahawan/usahawan yang sedia ada untuk mengembangkan perniagaan di dalam pasaran tertutup dengan penglibatan di dalam pelawaan sebuth...