Kami menyediakan perkhidmatan perunding perniagaan dan tenaga pengajar kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan di samping memperluaskan pengetahuan di dalam dunia perniagaan yang sebenar.
Di antara modul-modul kursus adalah seperti berikut:-
1. Kursus Asas Permulaan Perniagaan (Bakal Usahawan)
Kursus ini mendedahkan asas permulaan sebelum memulakan perniagaan kepada bakal usahawan di dalam dunia perniagaan yang sebenar. Penekanan akan difokuskan pada kepentingan pendaftaran syarikat dan lesen-lesen perniagaan seperti SSM, MOF, CIDB, Lesen Perniagaan dan lain-lain lesen/permit berkenaan bidang perniagaan yang akan dijalankan.
Kumpulan Sasaran : Pelajar tahun akhir IPT/Pusat Kemahiran, Bakal pesara tentera dan individu yang ingin memulakan perniagaan
2 . Kursus Cara Buat Tender
Kursus ini memberi peluang kepada bakal usahawan/usahawan yang sedia ada untuk mengembangkan perniagaan di dalam pasaran tertutup dengan penglibatan di dalam pelawaan sebutharga dan tender yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, GLC, GOC dan agensi swasta. Selain itu pendedahan dalam sistem eperolehan MOF akan ditekankan bagi membantu para peserta mahir dan berpengetahuan dalam mengendalikan urusan perolehan secara 'on-line' mahu pun 'manual.'
Kumpulan sasaran: Usahawan, Bakal Penerima Pinjaman Kewangan, Kakitangan baru di dalam Jabatan Perolehan, pelajar tahun akhir IPT/Pusat Kemahiran, Bakal Pesara Tentera pemilik tunggal dan syarikat-syarikat perniagaan dan perkhidmatan
3. Kursus Strategi Pemasaran
Kursus ini memberi pengetahuan dan tips kepada para usahawan untuk mengatur strategi pemasaran dalam perniagaan yang dijalankan. Fokus pembelajaran menekankan strategi mempromosikan perniagaan menerusi jaringan secara langsung dan melalui media sosial/on-line
Kumpulan sasaran: Usahawan, Bakal Penerima Pinjaman Kewangan, Kakitangan baru di dalam Jabatan Perolehan, pelajar tahun akhir IPT/Pusat Kemahiran, Bakal Pesara Tentera pemilik tunggal dan syarikat-syarikat perniagaan dan perkhidmatan
4. Kursus Asas Pemasaran Melalui Media Sosial
Kursus ini memberi pengetahuan dan tips kepada para usahawan untuk membangunkan medium pemasaran menerusi media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapps, wechat dan blog sosial. Para peserta akan diberi tunjuk ajar cara-cara membangunan medium pemasaran secara atas talian
Kumpulan sasaran: Usahawan, Bakal Penerima Pinjaman Kewangan, Kakitangan baru di dalam Jabatan Perolehan, pelajar tahun akhir IPT/Pusat Kemahiran, Bakal Pesara Tentera pemilik tunggal dan syarikat-syarikat perniagaan dan perkhidmatan
5. Kursus Asas Perakaunan (Costing)
Kursus ini memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk menguruskan aliran kewangan syarikat dengan menekankan aspek 'costing' dalam menentukan harga produk/perkhidmatan dengan kos prima yang dibelanjakan. Asas-asas perakaunan juga akan dititikberatkan seperti aliran tunai, akaun perniagaan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira.